Ada kajian yang dilakukan mendapati bahawa janin juga mampu mempunyai emosional dan naluri untuk merasai cinta kedua ibu bapanya. Janin juga boleh melihat, mendengar, merasa, mengingat dan berfikir sebelum dirinya dilahirkan.
Bagaimana janin boleh merasai emosi ibu mereka? Adakah emosi ibu tembus sehingga ke rahim ibu? Cinta yang dirasai janin adalah menerusi hormon-hormon yang dikeluarkan oleh tubuh anda. Ibu yang tertekan akan membentuk banyak hormon tekanan yang disebut catecholamines dan turut dirasai janin.
Penting bagi bakal ibu untuk berhenti dari berasa cemas dalam pelbagai perkara termasuklah khuatir keadaan janin, persiapan melahirkan malah cara mendidik anak. Nikmati sahaja saat kehamilan anda sehingga ia mampu membentuk ikatan dengan si comel janin. Belajar untuk bersikap santai dan rasional agar janin boleh berasa diingini dan dicintai. Bukankah janin adalah buah cinta anda dan pasangan?

Ini adalah cara yang ibu hamil boleh lakukan untuk memastikan anak dalam kandungan merasai kasih sayang dan cinta yang mekar menyala untuk dirinya. Semoga dengan cara ini, anak yang lahir akan membesar sebagai anak yang baik, positif dan bijaksana.
1. Sampaikan Rasa Cinta
1. Sampaikan Rasa Cinta
a. Aktiviti ini boleh dilakukan bagi menyampaikan rasa cinta anda kepada janin. Berbicaralah dengan janin. Sejak usia 16 minggu, janin boleh mendengar bunyi degupan jantung anda sampailah bunyi perut anda saat kelaparan.
b. Pada usia 25 minggu ia boleh mendengar suara dari luar kandungan. Ia juga boleh membezakan antara suara ayahnya dan lelaki lain sewaktu diajak berbicara.
Katakan yang anda mencintainya terutama ketika berdua-duaan dengan janin. Misalnya sewaktu mandi, rehat sendirian di rumah atau sebelum tidur. Jadikan acara berbicara itu sebagai satu rutin. Bakal ayah pula tidak perlu berasa pelik jika berbicara di perut isteri yang membuncit itu.
c. Janin juga boleh merasai sentuhan. Sungguhpun ia diselubungi air ketuban, tidak bererti anda tidak boleh menyentuhnya. Cuba tekan perut anda dengan lembut. Ia akan kembali menekan perut anda.
Sama seperti suara, janin boleh membezakan antara sentuhan orang tua dengan sentuhan orang lain. Usaplah perut anda di bahagian yang menonjol dan buah hati anda akan merasainya.
d. Bermain dengan sentuhan boleh menjadi lebih menyenangkan jika anda dapat melumurkan tubuh anda dengan minyak yang beraroma mawar atau lavender dengan usapan membulat.
e. Tidak salah juga jika anda menyanyi bersama janin. Muzik sebagai bahasa pralinguistik yang merupakan asas kemampuan bahasa bayi. Janin menyukai irama yang kuat dan teratur, justeru nyanyikanlah lagu-lagu dengan ungkapan cinta untuknya.

Jangan pernah berasa bimbang dengan kualiti suara anda. Jika perlu, pasangkan muzik agar janin boleh mendengarnya. Pilih lagu atau muzik berirama seperti bunyi jantung.
Elakkan muzik yang terlalu keras atau menghentak-hentak kerana air ketuban akan meningkatkan volum suara yang didengar oleh janin. Jika anda mahu mengetahui apakah reaksi janin, rasai gerakannya. Ketika dia lahir, lagu yang dahulu sering anda putar atau nyanyikan pasti akan disukainya. Ia bisa membantu menenangkan anak anda kelak.

f. Rajinlah mengaji Al-Quran atau memperdengarkan janin dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi yang beragama Islam. Ia cara terbaik mendidik anak sejak dari dalam kandungan dan juga membantu menenangkan bayi apabila dia lahir nanti.
2. Bahagialah Sepanjang Kehamilan
2. Bahagialah Sepanjang Kehamilan
Wanita hamil yang bijak adalah wanita yang mempunyai cara untuk merasai bahagia di sepanjang kehamilannya. Terdapat beberapa idea yang boleh ditiru dan dipraktikkan oleh wanita hamil untuk mengecap nikmat bahagia di sepanjang kehamilannya.
3. Bersenam Adalah Baik Untuk Wanita Hamil

Senaman yang sesuai untuk wanita hamil boleh membuatkan tubuh si ibu sihat dan janin pun menjadi sihat. Sebaiknya sebelum meneruskan niat untuk bersenam dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda. Antara jenis senaman yang digalakkan adalah berjalan, berenang dan yoga.
4. Wanita Hamil Juga Boleh Kelihatan Cantik

Tidak sukar untuk kelihatan cantik semasa hamil. Apa yang perlu dilakukan adalah bakal ibu perlu melihat dan mengamati dengan lebih mendalam tentang dirinya sendiri.
Cara itu mereka tahu bagaimana mahu berhadapan dengan tubuh mereka. Justeru, jangan bimbang untuk tampil cantik sewaktu hamil. Ingatlah bahawa waktu hamil bukanlah masa yang sesuai untuk memencilkan diri. Serlahkan kejelitaan anda dengan keyakinan diri yang mendalam.
5. Berikan Rangsangan Pada Janin

Bagi memenuhi perkembangan fizikal janin, rangsang janin anda dengan mengambil makanan dan minuman yang bernutrisi seperti minum susu untuk wanita hamil, melakukan senaman ringkas dan rehat yang mencukupi.
Manakala untuk perkembangan kognitifnya, berikan rangsangan dengan mengambil makanan yang dapat menggalakkan pertumbuhan otak seperti vitamin. Anda juga boleh mulakan bercerita dengan janin dan berikan mereka merasai apa yang anda rasai ketika ini.
Nikmati fasa kehamilan dengan penuh gembira dan bahagia. Ia adalah momen terindah seorang wanita yang pasti akan dirindui apabila anda sudah melahirkan bayi kelak.
==================================
Nakkan lebih lagi petua anak bijak?
Ibu hamil boleh mengamalkan susu yang diperkaya dengan DHA bagi menyokong tumbesaran si manja atau baby anda
Susu kambing R-Rayyan perisa Vanilla dan coklat sangat sesuai bagi ibu hamil kerana dilengkapi DHA dan sayuran terbaik.
Sekiranya anda ibu hamil yang memang susah nak minum susu ?Jangan bimbang kerana anda boleh mengambil Gstar kids bagi menyokong tumbesaran otak simanja juga
Untuk anda ibu...kami cuba nerikan yang terbaik..
Nak info lanjut boleh wassap terus ke 013-3078249
atau nakkan testimoni lain boleh picit link berikut Susu Kambing untuk Ibu Hamil
Comments
Post a Comment